![]() | |
Tarikh: | 25 April – 28 April, 2011 |
Tempoh1: | 4 hari |
Kadar maksimum2: | Puting beliung EF5 |
Jumlah puting beliung: | 130 disahkan, 426 dilaporkan |
Kemusnahan: | $2 – 5 billion (kos insuran)[1] |
Kematian: | 339+ (jumlah sebenar tidak dapat dipastikan)[2][3][4][5] |
Kawasan terjejas: | Barat Tengah, Selatan, Timur Amerika Syarikat dan selatan Ontario |
1Masa dari puting beliung pertama hingga yang terakhir |
Dari 25 - 28 April, 2011, letusan puting beliung ganas telah melanda Selatan, Barat Tengah, dan Timur Amerika Syarikat, menyebabkan kemusnahan yang dahsyat terutamanya di negeri Alabama. Letusan ini menghasilkan siri puting beliung di Alabama, Arkansas, Georgia, Mississippi, Carolina Utara,Tennessee, dan Virginia, serta menjejaskan beberapa kawasan di selatan dan timur Amerika Syarikat dengan puting-puting beliung disahkan di Texas hingga ke Bandaraya New York. Puting-puting beliung pemusnah yang tersebar di merata kawasan berlaku pada setiap hari letusan.[6]
Jumlah kematian yang direkodkan sehingga awal pagi 30 April, 2011 adalah sekurang-kurangnya 339 orang. Bagaimanapun, jumlah sebenar tidak diketahui kerana usaha pemulihan masih berjalan, dan oleh itu, sumber berlainan memberikan jumlah yang berbeza. Selain itu, ratusan orang masih lagi hilang, walaupun pihak berkuasa menyatakan yang jumlah ini mungkin termasuk duplikasi dan juga mangsa yang sudah ditemui tetapi tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa.[7][8] Semua kematian kecuali 5 berlaku pada 27 April, walaupun masih tidak jelas samada kematian dari hari lain dimasukkan dalam jumlah kematian.[3][4] 249 kematian dilaporkan di Alabama sahaja dan telah disahkan oleh agensi pengurusan darurat negeri pada pagi 30 April.[7] 27 April merupakan hari puting beliung paling dahsyat di Amerika Syarikat sejak letusan "Tiga negeri" yang berlaku pada 1925, [9] yang menyebabkan puting beliung tiga negeri yang terkenal itu.[10][11] Ia telah diklasifikasikan oleh sesetengah pihak sebagai letusan puting beliung kedua paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat,[12][13] walaupun Letusan puting beliung Tupelo–Gainesville 1936[14] mencatatkan kematian lebih tinggi iaitu sekurang-kurangnya 436 kematian yang dilaporkan.
Lebih dari 425 puting beliung telah dilaporkan dalam masa empat hari, termasuk 259 di 16 negeri pada 27 April.[15]
|accessdate=
dan |date=
(bantuan)
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search